UNIT BIMBINGAN KAUNSELING SMK (P) SULTAN IBRAHIM
Thursday, 20 October 2011
Wednesday, 19 October 2011
KESEDARAN KENDIRI
PENGERTIAN
Kesedaran kendiri membawa maksud menyedari sifat-sifat yang ada pada diri sendiri, iaitu sifat positif dan negatif. Sifat positif merupakan potensi yang ada pada diri individidu yang perlu diperkembang dan diperteguhkan untuk membolehkan seseorang individu itu berfungsi dengan produktif dan berkesan. Sifat negatif pula merupakan kelemahan diri yang harus dikenal pasti dan berusaha untuk mengatasinya.
Penting bagi seseorang Pembimbing Rakan Sebaya yanga akan berfungsi sebagai 'Pembimbing Rakan' untuk mengenal pasti sifat positif dan negatif yang ada pada dirinya. Tahap kesedaran kendiri yang tinggi atau mendalam membolehkan seseorang itu sentiasa menilai dirinya dan berusaha untuk mempertingkatkan potensi yang ada ke arah kepimpinan yang lebih berkesan.
RASIONAL
Setiap individu mengalami perkembangan sahsiah pada tahap-tahap tertentu dari segi tabii,pengalaman dan pembelajaran. Oleh itu, sangat perlu kesedaran kendiri itu dicungkil, dikembangkan dan diperteguhkan supaya terbentuk sahsiah yang positif dan sihat untuk membolehkan individu berkenaan berfungsi dengan lebih berkesan.
PN. NORAKMAR ABD RASHID
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING
SMK (P) SULTAN IBRAHIM
Subscribe to:
Posts (Atom)