Sejarah Sekolah


   Sek. Men. Keb. (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru sewaktu awal penubuhannya hanya merupakan sebuah sekolah sesi petang yang bertempat di bangunan sekolah lelaki Ngee Heng. Setahun kemudian sekolah ini berpindah ke tapak yang ada sekarang. Nama sekolah ini diberi bersempena nama D.Y.M.M. Sultan Ibrahim dan telah dibuka rasminya oleh D.Y.M.M. Putera Mahkota pada bulan Oktober 1939. Kos pembinaan sekolah ini berjumlah RM39.000. Pada mulanya terdapat empat buah kelas dan lebih kurang 100 pelajar, dua kelas daripadanya diambil dari Sek. Men. Convent, Johor Bahru.

  Bangunan sekolah ini telah digambarakan di dalam Laporan Tahunan JKR 1939 sebagaimana berikut, "Bangunan ini didirikan di atas tonggak dan mengandungi enam bilik darjah, bilik guru, dewan perhimpunan, bilik stor, bilik rehat, tanah lapang yang diatapi untuk meletakkan basikal dan kereta."
    Perang Dunia Kedua yang meletus mulai Disember 1941, telah mengendalakan perjalanan sekolah ini. Bangunan utama sekolah ini telah digunakan oleh pihak Jepun sebagai bengkel motor. Sekolah ini digunakan semula pada Januari 1948.
Sejak ditubuhkan hingga sekarang, sekolah ini telah ditadbir oleh 16 orang pengetua. Pengerua yang pertama ialah Cik C.E. Renton (Januari 1947 - April 1948). Sekarang Sek. Men. Keb. (P) Sultan Ibrahim di bawah Pengetua Pn. Hajah Zaiton A. Bakar, mulai Oktober 1992.
    Pada awal penubuhan, sekolah ini hanya mempunyai satu blok. Sekarang bilangannya telah bertambah. Sekolah ini mempunyai 21 bilik darjah, 8 makmal Sains, 5 makmal Kemahiran Hidup, 2 Bilik perpustakaan, 1 bilik Pusat Sumber Elektronik dan 1 koperasi. Bilangan ini dapat menampung pelajar seramai 1,300 orang dan guru seramai 74 orang. Pada bulan September 1998 dua buah bilik darjah telah diubah suai menjadi bilik multimedia.
Semoga Sek. Men. Keb. (P) Sultan Ibrahim (SIGS) akan terus berkembang baik dari segi fizikal dan pencapaian akademik